JellyPages.com





Tuesday 10 June 2014

Dia....


Dia... insan pertama yang ku cinta..
Dia... kini tak lagi ku temui..
Dia.. terkilann sungguh rasa hati..
Dia yang mengajarku erti rindu..

Indahnya cinta jika disulami dengan rasa kasih dan sayang.. Apatah lagi jika dua jiwa menjanjikan untuk membina mahligai bersama.. Indah sungguh penyatuan dua hati itu.. Tetapi mengapa ia bisa terputus ditengah jalan? Mengapa ia tidak wangi dan semekar dahulu? Mungkin ini coretan terakhir atau akan aku sering mencoret segala cerita mengenai kami disini.

Ya.. cinta itu indah.. cinta itu kadang kala merumitkan. kadang kala aku sendiri tidak faham mengenai cinta. Cinta yang ikhlas dan tulus pasti sukar untuk ditemui. Kembalilajh pada hakiki.. dan pencinta yang setia. iaitu Pencipta kita.. Allah S.W.T. Demi Tuhan aku tidak sanggup untuk melukakan hati sang arjuna. Kerana dia lah aku belajar untuk menjadi seorang perempuan yang tabah dan kuat. Apa lagi yang tak cukup mengenai dia. Semua lengkap. Agamanya, kebijaksanaan nya. dan juga cintanya. Dan yang pasti dia sangat mencintaiku.. Dan aku pasti tidak mungkin aku akan menenmui lelaki yang akan mencintaiku sepenuh hati seperti dirinya.

Tetapi mengapa hubungan ini terputus? dan kenapa aku menjadi dendam nya? dan kenapa aku menjadi musuh nya? kerana sakit hati atau apa? kerana mungkin tidak sanggup untuk menerima kenyataan bahawa aku bukan milik nya lagi. disini aku coretkan secebis nota. agar dia faham akan segala keluhan hati ini. Agar sang arjuna berhenti menghina dan memaki diriku kerana meninggalkan nya.. Sayang dengarkan aku,, dan kau akan fahami mengapa jalan ini yang aku pilih.

Mengigil tangan menaip nota. Buat santapan arjuna cinta. Sekeping hati ingin berbicara.. agar difahami hati yang duka lara. sebelum hati mula bicara, ingin rasanya memohon seribu kemaafan atas segala kekhilafan yang terjadi antara kita.

Sayang.. maafkan aku atas segala yang terjadi antara kita. Hubungan yang terbina terlalu indah hingga aku lupa kadang kala langit tak selalunya cerah.Atas alasan apa hubungan ini terpisah dan aku sendiri tiada jawapan untuk itu. Ingin sekali aku putarkan waktu dan mencari setiap inci dimanakah silap kita. Hingga janji yang terpatri, terlerai begitu saja. Salah aku? Kau? atau org ketiga? Tiada yang salah antara kita. Dan tiada yang ketiga dalam hubungan ini.
Sayang, jujur aku katakan walau hubungan ini terlerai namun fikiran ini tidak henti memikirkanmu. Mungkin terdapat kekesalan dihati. Namun tak mungkin bisa ku kembali dan toleh ke belakang lagi. Ada hati yang harus dijaga. Ada perasaan yang perlu aku pelihara..
Sayang, maafkan andai coretan ini menguris hatimu. Walau berat rasa hati namun ku tetap gagah untuk menaip. Kerana ingin aku hentikan segala kekusutan dan salah faham antara kita. Jangan pernah disalahkan sesiapa kerana gagalnya hubungan ini. Jangan pernah jua kau menyalahkan takdir. 
Sayang, tidak kah kau tahu aku juga menangung derita yang sama? Memilih antara masa lalu dan sekarang. Ia amat sukar dan bukan mudah untuk keputusan dibuat. Dan aku biarkan diri ini dicaci. Aku biarkan diri ini dihina kerana aku yang dikata menjadi punca.
Sayang, jujur aku katakan tidak pernah terniat dan terlintas dihati ini untuk mencari kau disaat hati sedang berduka. Tidak ! Tidak sama sekali ! dan aku bukan gadis seperti itu. Tidak pernah aku menjadikan kau sebagai stock buat aku mencari saat aku sdg bersedih dan tinggalkan saat aku sedang berduka.. dan aku tidak pernah mengejar mana-mana lelaki sekalipon ! 
Sayang, jauh disudut hati aku sangat merinduimu.. namun harus ku sedar kau bukan milik ku lagi.. aku berdoa walau dimana sahaja kau berada, kau akan berjaya. Doa ku juga agar bertemu dengan seorang gadis yang mampu menjaga mu dengan baik.
Sayang, maafkan aku.. tetapi andai jodoh itu milik kita, perpisahan hari ini pasti akan menemukan kita kelak. Tapi andai sebaliknya semoga hati kita redha dengn ketentuan takdir ini. Bukan mudah bagi ku untuk melupakan segala tentang kita, tapi harus ku telan semuanya. Kerana keputusan telah ku buat dan biarlah takdir Tuhan yang menentukan segalanya. Salah kita kerana saling memendam rasa. Dan salah kita juga kerana terlalu mengikut perasaan. Terima kasih sayang atas segala nasihat yang pernah diberi.
 Terima kasih kerana menjadi bahu dan kekuatan ku jua. Terima kasih sayang kerana menjadi seorang yang sungguh indah dalam hidup ku. Terima kasih kerana telah mengajar ku erti kehidupan. Terima kasih sayang kerana mencintaiku dgn setulus hatimu. 
Maafkan aku sayang, walau kita terpisah, tidak pernah walau sekali aku melupakan segalanya tentang kita. Ia tetap menjadi kenangan terindah dalam hidup ku. Sayang,pergilah kau mencari kebahagiaan, mencari kejayaan. Asal kau tak lupa pada agama mu. Maafkan aku SAYANG...