JellyPages.com





Tuesday 10 June 2014

Dia....


Dia... insan pertama yang ku cinta..
Dia... kini tak lagi ku temui..
Dia.. terkilann sungguh rasa hati..
Dia yang mengajarku erti rindu..

Indahnya cinta jika disulami dengan rasa kasih dan sayang.. Apatah lagi jika dua jiwa menjanjikan untuk membina mahligai bersama.. Indah sungguh penyatuan dua hati itu.. Tetapi mengapa ia bisa terputus ditengah jalan? Mengapa ia tidak wangi dan semekar dahulu? Mungkin ini coretan terakhir atau akan aku sering mencoret segala cerita mengenai kami disini.

Ya.. cinta itu indah.. cinta itu kadang kala merumitkan. kadang kala aku sendiri tidak faham mengenai cinta. Cinta yang ikhlas dan tulus pasti sukar untuk ditemui. Kembalilajh pada hakiki.. dan pencinta yang setia. iaitu Pencipta kita.. Allah S.W.T. Demi Tuhan aku tidak sanggup untuk melukakan hati sang arjuna. Kerana dia lah aku belajar untuk menjadi seorang perempuan yang tabah dan kuat. Apa lagi yang tak cukup mengenai dia. Semua lengkap. Agamanya, kebijaksanaan nya. dan juga cintanya. Dan yang pasti dia sangat mencintaiku.. Dan aku pasti tidak mungkin aku akan menenmui lelaki yang akan mencintaiku sepenuh hati seperti dirinya.

Tetapi mengapa hubungan ini terputus? dan kenapa aku menjadi dendam nya? dan kenapa aku menjadi musuh nya? kerana sakit hati atau apa? kerana mungkin tidak sanggup untuk menerima kenyataan bahawa aku bukan milik nya lagi. disini aku coretkan secebis nota. agar dia faham akan segala keluhan hati ini. Agar sang arjuna berhenti menghina dan memaki diriku kerana meninggalkan nya.. Sayang dengarkan aku,, dan kau akan fahami mengapa jalan ini yang aku pilih.

Mengigil tangan menaip nota. Buat santapan arjuna cinta. Sekeping hati ingin berbicara.. agar difahami hati yang duka lara. sebelum hati mula bicara, ingin rasanya memohon seribu kemaafan atas segala kekhilafan yang terjadi antara kita.

Sayang.. maafkan aku atas segala yang terjadi antara kita. Hubungan yang terbina terlalu indah hingga aku lupa kadang kala langit tak selalunya cerah.Atas alasan apa hubungan ini terpisah dan aku sendiri tiada jawapan untuk itu. Ingin sekali aku putarkan waktu dan mencari setiap inci dimanakah silap kita. Hingga janji yang terpatri, terlerai begitu saja. Salah aku? Kau? atau org ketiga? Tiada yang salah antara kita. Dan tiada yang ketiga dalam hubungan ini.
Sayang, jujur aku katakan walau hubungan ini terlerai namun fikiran ini tidak henti memikirkanmu. Mungkin terdapat kekesalan dihati. Namun tak mungkin bisa ku kembali dan toleh ke belakang lagi. Ada hati yang harus dijaga. Ada perasaan yang perlu aku pelihara..
Sayang, maafkan andai coretan ini menguris hatimu. Walau berat rasa hati namun ku tetap gagah untuk menaip. Kerana ingin aku hentikan segala kekusutan dan salah faham antara kita. Jangan pernah disalahkan sesiapa kerana gagalnya hubungan ini. Jangan pernah jua kau menyalahkan takdir. 
Sayang, tidak kah kau tahu aku juga menangung derita yang sama? Memilih antara masa lalu dan sekarang. Ia amat sukar dan bukan mudah untuk keputusan dibuat. Dan aku biarkan diri ini dicaci. Aku biarkan diri ini dihina kerana aku yang dikata menjadi punca.
Sayang, jujur aku katakan tidak pernah terniat dan terlintas dihati ini untuk mencari kau disaat hati sedang berduka. Tidak ! Tidak sama sekali ! dan aku bukan gadis seperti itu. Tidak pernah aku menjadikan kau sebagai stock buat aku mencari saat aku sdg bersedih dan tinggalkan saat aku sedang berduka.. dan aku tidak pernah mengejar mana-mana lelaki sekalipon ! 
Sayang, jauh disudut hati aku sangat merinduimu.. namun harus ku sedar kau bukan milik ku lagi.. aku berdoa walau dimana sahaja kau berada, kau akan berjaya. Doa ku juga agar bertemu dengan seorang gadis yang mampu menjaga mu dengan baik.
Sayang, maafkan aku.. tetapi andai jodoh itu milik kita, perpisahan hari ini pasti akan menemukan kita kelak. Tapi andai sebaliknya semoga hati kita redha dengn ketentuan takdir ini. Bukan mudah bagi ku untuk melupakan segala tentang kita, tapi harus ku telan semuanya. Kerana keputusan telah ku buat dan biarlah takdir Tuhan yang menentukan segalanya. Salah kita kerana saling memendam rasa. Dan salah kita juga kerana terlalu mengikut perasaan. Terima kasih sayang atas segala nasihat yang pernah diberi.
 Terima kasih kerana menjadi bahu dan kekuatan ku jua. Terima kasih sayang kerana menjadi seorang yang sungguh indah dalam hidup ku. Terima kasih kerana telah mengajar ku erti kehidupan. Terima kasih sayang kerana mencintaiku dgn setulus hatimu. 
Maafkan aku sayang, walau kita terpisah, tidak pernah walau sekali aku melupakan segalanya tentang kita. Ia tetap menjadi kenangan terindah dalam hidup ku. Sayang,pergilah kau mencari kebahagiaan, mencari kejayaan. Asal kau tak lupa pada agama mu. Maafkan aku SAYANG...


Saturday 28 December 2013

Pendengar yang setia..

                                                                                                 

                                                     Assalamualaikumm.. Halllooo-hallooo..
Kami Buddyz tak kan terpisah !
Hari ini nana nak bercakap tentang SAHABAT.. Yuhuuu.. Sahabat again? Haha.. Okay.. First sekali nana nak say thanks sangat dengan kawan-kawan baik nana.. Hmmm kalau dorang semua xde, mesti hidup nie sunyi kan.. Yelahh.. Macam mane lah kan bila hidup tanpa kawan.. Pergi mana semua sorang-sorang.. Ewww bosannn wehhh.. Tapi apa yang best pasal dorang nie kan, sebenarnye even dah beratus kali gduh pon, kiteorang still jadi best friend.. Kadang-kadang tu susah sangat nak jaga hati semua org.. Ehh.. bukan susah lah tapi imposibble.. Kadang-kadang nak jaga hati si A, si B pulak yg terasa.. Dah macam mana tu.. Ape-ape pun bila dorang ada masalah, xthu lah kenapa nana yg selalu jadi kaunselor nye.. Cehhh konon pandai bagi nasihat lahh.. Sebenarnya nana just nak faham and bagi support jewkk.. Bagi motivated kat org mmg tip top, tapi nk motivated diri sendiri mmg hampehh lahh.. Kebanyakan dari buddyz nana selalu cakap nana faham dorang.. Hmm maybe kot faham.. Sometime lahh.. Nana suka dengar masalah org.. And rase seronok sgt bila kite dapat bg semangat and buat dorang happy semula.. Nak tolong bagi duit tu tak mampu lah kan, so tolong dgn kata-kata.. heee. ..Bila org dah percaya kat kita tu, kita pun kene lah pegang sekuat-kuatnye kepercayaan tu.. Bukan senang tauu nak dapat kepercayaan dari org nie.. Bila someone tu dah meluah rasa and masalah dia kat kite. kite kenalah simpan rahsia dia tu.. Jangan pulak pergi kecoh kat org lain.. Ishh xbaik macam tu.. Sentiasalah berada disebelah sahabat kite tu saat jatuh dan bangun die.. Kalau die lupakan kite time die tengah senang, xpe.. Biar je die.. Jangan balas balik tauu.. Tu makna nye die dengan kite sama jekk..  K lahhh  rase macam dah mencarut lebih-lebih nie.. Tata Titi Tutu..
Waktu happy-happy.. Yuhuuu



Friday 27 December 2013

Kosong..

Hanya Gambar Perhiasan.. HEE
 

Disaat aku keriangan aku lupa pada Mu...
Disaat aku merasa kesenangan aku riak pada Mu..
Entah mengapa aku tidak pernah peduli pada kitab ku..
Aku tidak tahu mana arah kiblat ku..
Aku tidak tahu mana arah tujuku..

Arh ! Aku tidak pernah peduli pada mereka yang meraih simpatiku..
Aku jijik pada mereka yang tak pernah berhenti menadah tangan..
Aku ada segalanya yang mereka tidak ada..
Aku ada segala kekayaan didunia..
Aku berkuasa didunia !

Tapi..
Apa erti semua itu andai jiwa aku kosong..
Aku kaya harta dunia, aku miskin harta akhirat..
Ya Allah.. Aku rindu pada Mu.. Tunjuk kan lah aku jalan Mu..
Ya Allah.. Aku ingin mencintai Mu.. Ampunkan aku Tuhan..

Wednesday 25 December 2013

Takkan Pernah Tahu

M.A.S.... Satu nama yang sangat memberi kesan dalm hidup aku.. Tapi dia tak pernah tahu.. dan dia tak akan tahu.. Aku belajar untuk menerima dia dalam hidup aku.. Aku belajar untuk terima segala kekurangan dia.. Aku belajar untuk terima segala kelebihan yang dia ada.. Aku tak pernah puji dia.. Aku tak pernah cakap depan dia yang aku sangat bangga dengan kebolehan dia.. Tapi dia tak pernah tahu semua tu.. Apa yang dia tahu, aku cuma memandang rendah kat dia.. Yup ! mmg aku selalu pertikaikan apa yg dia buat.. Walaupun jauh didasar hati aku sangat kagum dengan otak die yang genius tu.. Hebat dalam I.T.. Bagi aku, dia adalah seorang lelaki yang hebat.. Dia ada gaya tersendiri.. Ada matlamat hidup.. Dia tak pernah rase gentar dalam apa jua perkara yang dia buat.. Bagi aku dia cukup sempurna.. Dia lah peneman aku saat sakit jatuh bangun aku.. Dia pelengkap segala kekurangan yang aku ada.. Dia adalah anugerah terindah yang Allah kirimkan untuk menjadi peneman aku.. Tetapi disebalik semua tu, mungkin ada satu hal yang aku tak boleh nak tolak.. Takdir Allah yang menemukan aku dengan seorang lelaki yang mempunyai hampir 90% persamaan dengan aku.. Tapi takdir Allah jugak yang memisahkan kami.. Ramai orang cakap, muka kiteorang sama.. Ada iras2 macam kembar.. Orang kata bila muka same nie jodoh.. Tapi mungkin bukan pade kiteorang kott.. Selama 2 tahun, banyak sangat yang terjadi.. Kadang-kadang macam tak percaya, aku dengan dia dah 2 tahun menjalin hubungan.. dan kini hubungan tu dah pun berakhir.. aku rasa berdosa.. aku rasa bersalah sebab memutuskan hubungan nie.. Sedangkan dia cukup baik jaga aku.. Aku tak pernah berhenti berdoa agar dia dipertemukan dengan seseorang yang lebih baik dari aku.. Awak.. Saya cuma nak bagi thu, saya sangat rindukan awak.. Dan awak tak pernah tahu yang saya setiap hari merindukan awak..

SAHABAT SELAMANYA

Best Friend Forever !
Aku tak pernah lupa... 
Detik-detik perpisahan..
Kau dan aku menangis dalam pelukan..
Tak sanggup rasanya untuk meninggalkan alam persekolahan.. Kini...
Sudah 3 tahun berlalu... 
Dan kita bersatu kembali dalam pelukan.. Dalam tangisan.. Tangisan kegembiraan.. Tangisan kerinduan..
Sungguh ! Persahabatan itu indah.. 
Aku menangis, kalian turut menangis.. 
Aku ketawa, kalian turut ketawa..
Aku terjatuh, kalian menghulur tangan padaku.. 
Tak pernah walalu sesaat aku ditinggal sendiri.. 
Gelak tawa kalian, menjadi peneman dikala hati menangung rasa rindu.. 
Inilahh kenangan terindah dalam persahabatan, yang tak mampu dibeli dengan wang ringgit..

 I LOVE YOU ALLS !